Gua dah pindah rumah. Jangan cari gua dekat Equine Park lagi. Walaupun sekarang masa gua naik lif nak naik ke rumah dah tak ada bau hancing lagi, walaupun sekarang motor gua selamat untuk parking, gua sedih juga nak tinggalkan tempat itu. Tetapi selepas memikirkan beberapa kali tempat itu bukan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak anak, gua terpaksa berkorban. Kadang kadang gua rindu bau hancing. Gua rindu sebab gua masih tak jumpa siapa yang kencing dalam lif pagi pagi, kalau jumpa memang stail kena tapak dokter martin.
0 comments:
Post a Comment