Tuesday, June 14, 2011

Legenda Gadis Misteri

Dalam perkiraan kasar gua, dalam sebulan yang lepas, gua di datangi seorang gadis misteri. Cerita nya bermula di halaman bawah pejabat gua, kawasan yang lapang, luas, ada tong sampah hijau, tempat melepak anak anak muda menghisap rokok, juga tempat orang orang tua berbicara bahasa ilmiah. Suatu hari yang hening, burung berkicauan, gua bergerak keluar menghisap rokok sementara menunggu meeting. Tenang, tiba tiba, gua ternampak bayang bayang halus perempuan dari jauh. Tak berkepala.

Dalam sibuk gua mencari kepalanya, gua memikirkan adakah dalam cuaca yang sedap sedap macam ini, sesuai ke kalau terkeluar benda benda halus. Gua memikirkan sebentar. Gua tidak tahu berdialog bahasa bunian. Mungkinkah, gua sedang bermimpi. Tidak. Gua halakan bara rokok ke pipi gua, gua cuit sikit pipi, panas. Gua tidak bermimpi. Semakin dekat rupanya perempuan itu di lindungi oleh kotak besar yang di angkat bersama, menutupi kepalanya. Gua terus baling henset gua kepada perempuan itu, terkena lutut. Jatuh terkulai sambil meminta tolong. Gua buat tidak heran. Dia pandai bangun sendiri. Gua dah ambil langkah untuk sepakan percuma, tetapi selepas di teliti, mukanya indah bak bidadari. Macam puteri duyung. Rokok terus gua campak ke tepi. Terkena makcik cleaner. Meraung.

"Bawak kotak ke bomb kak?" kata gua memulakan perbicaraan ringkas, jenis bahasa orang tak sekolah memang macam ini.

Dia tersenyum sinis, mungkin sebab zip gua tak tutup. Gua teliti balik tag nama, bukan staff pejabat gua. Gua mulai segan. Telinga gua merah. Itu orang kata lah. Gua pergi masuk tandas buang air. Tak puas. Perasaan itu berlanjutan selama satu jam. Akhirnya gua pulih atas beberapa ritual ringkas, contohnya di hentak kepala dengan botol mirinda. Keesokan harinya, sewaktu gua hendak pergi ke sarapan, gua terserempak perempuan semalam. Dia senyum kat gua. Kali ini gua dah tak ada masa nak segan, gua terus senyum balik, walaupun gua tau ada cili kat celah gigi. Selepas dari itu, lebih kurang dalam dua kali seminggu gua terserempak dengan perempuan itu, perempuan itu, berkaki, macam orang biasa, jadi gua tidak risau. Daripada rambut dia panjang, ke pendek, dari berjambang, hingga tinggal misai, dari subang kuning, ke subang jaya, gua ikut cerita dia.

Suatu hari yang agak gerimis, gua dapat timing seperti biasa. Gua hendak sarapan, konfem terserempak dengan gadis itu. Hari ini dia pakai baju putih juara sebagai warna tapak dan bunga merah sebagai penyeri hidup, memakai beg mendaki gunung dan kasut berjenama power. Cukup menarik hati. Gua hafal baju dia hari ini. Petang itu gua henda ke KLCC, dalam perjalanan dalam perancangan gua, baik berjalan kaki, gua tinggal seringgit setengah, duit LRT dah seringgit. Macam mana dengan baki 50 sen? Cuma cukup beli rokok batang. Namun di pertengahan jalan, gua terjumpa gadis itu, terkengkang kengkang, gua syak sesuatu, mungkin, dia main futsal waktu makan tengah hari dan terseliuh di pertengahan permainan. Gua tegur macam orang dah kenal. Sambutan memberangsangkan. Dan dan gua terus menaiki LRT sebab nak meneman berjalan bersama sama. Sumpah gatal nak mampus.

Bertukar tukar cerita lah kami masa itu, macam macam, tapi benda yang tak ilmiah, tetapi tidak lah lucah. Gua tak biasa cakap lucah, badan gua jadi gatal gatal kalau cakap macam tu. Tapi yang bangsatnya, gua tak tanya nama dia. Haram jadah. Tapi tak apa. Gua rancang gua selalu terserempak pagi pagi masa sarapan, boleh gua tanya nama. Tapi,lepas 10 hari, haram gua tak berjaya terserempak. Gua rasa gua dah kena buatan orang. Gua berfikir, berbaloi ke kalau gua ke pejabat ofis dia dengan gua tak tahu nama dia. Mesti pengawal kata gua orang gila. Bangang. Suatu tengah hari gua balik makan awal, selepas 10 hari, lama, gua terserempak, gadis itu berjalan bersama rakan rakan. Dia senyum macam singa. Gua pun sama sebab gua ikut respon, member gua pelik kenapa gadis cantik boleh senyum kat gua macam tu. Gua jadi buntu, mungkin gua patut kejar, tapi gua tak sempat. Gua masuk jamban, tadah punggung atas papan, gua fikir sekejap.

"Lu nak cantik macam mana lagi fif? cantik la tu! " Kata member gua dengan nada cemburu sebab ada orang cantik senyum kat gua.

Gua senyum, gua teringat gua ada business card. Cantik. Petang itu, gua tunggu gadis itu balik. Sejam gua tunggu sebab gua tak tahu dia balik pukul berapa. Dia turun bersahaja, waktu itu gerimis. Memegang telefon bimbit, mesti mesej teman lelaki, gua tak hirau, gua lelaki jugak apa, gua ada teman. Gua ambil lajak setapak kehadapan macam tak hirau dan gua buat U Turn di flyover. Gua terus bagi business card, dan gua dapat tahu nama dia, gua suruh dia email. Haram seminggu tak email. Gua terserempak selepas seminggu, gua buat bahasa isyarat suruh email. Tapi gua juga ambil tindakan pantas dan terus minta email dan gua terus email direct di depan muka dia. Orang sekeliling terpegun. Mungkin sebab gua terlalu elegan. Gua berlalu pergi bersahaja. Dia tak balas emel gua hari itu. Balik rumah gua terus cari terapi rendam kaki dalam kolam ikan untuk lepas tension, azan maghrib gua pun balik sebab mak gua marah. Esoknya dia email. Ok setel. Gua senyum satu hari.

Gua dah tak senyum dah esok esok nya. Gua cuma tunggu dia balik sehari seminggu untuk berborak sambil dia berjalan ke LRT. Satu hari tu, gua lepak kat bawah pejabat teman kawan gua berjalan ke KLCC, gua ada perasaan kalau gua patah balik teman kawan gua, gua terjumpa gadis itu, sangkaan gua betul. Tapi hari itu gua segan sebab terserempak dengan rakan pejabat. Gua terus blah sahaja tapi diorang macam tak kesah dan suruh gua kejar. Gua terus salin baju atlet dan kejar macam kucing nak mengawan. Kalau ada orang rakam video gua time tu memang sumpah macam lelaki apa entah. Gua pun mempertikaikan masa itu gua lelaki ataupun tidak. Babi. Tapi sebab gua share benda bangang ni kat sini sebab gua rasa macam gua tengah lalui kisah hindustan. Jalan cerita nya sumpah macam kanina cuma watak hero dia iaitu gua, gua rasa mantap. Ada lelaki pernah kejar perempuan macam tu dalam realiti? Gua.

2 comments: