Hari minggu lepas gua berkunjung ziarah ke Kluang untuk majlis kawan gua, Ana Ramli. Ana Mat Nan juga ada. Ana Rafali kahwin dengan Ana Mat Nan. Jadi Ana Gadafi dan Ana Nahnu. Kepala hotak apa entah gua cakap. Ok permulaan cerita adalah gua dan beberapa rakan lama hendak menumpang dalam kereta Baba Bushies, kawan gua. Baba Bushies mahu mengunjungi majlis di Batu Pahat itu pun. Jadi sebab jarak dah dekat, gua cadang kita go sekali terus Kluang. Tetapi at the end of the day Baba gerak Batu Pahat sorang sorang lepas itu yang remaining naik kereta sendiri. Hingga ke hari ini gua cuba untuk mencari jawapan,
"Kenapa kita pergi rumah Ana Ramli?". Tetapi gua tidak menyesal. Sebab majlis kawan kawan juga. Sebab masa itu gua anggap pergi ke sana cuma lah sampingan rupa rupa nya sudah jadi main event jadi gua teruskan sahaja lah. Celaka. Anyhow, tahniah Ana Ramli. Persoalannya, dah berapa kali gua sebut perkataan Ana Ramli?
Tetapi Ana Ramli jangan berkecil hati, kami memang mahu datang ke majlis anda. Cuma, di dalam permainan minda Baba Bushies, kami, adalah watak sampingan selepas berkunjung ke Batu Pahat. Jadi perjalanan ke Kluang di seri kan lagi untuk menambah sedikit perasaan berkunjung ke Johor. Oleh sebab kesuntukan masa, kami cuma sempat mengajak pasukan Kembara Milo i.e. Baba Bushies, Gutai Flipper, Papa Johns, Kim Kak Beng dan juga Steven Bishop. Kak Beng tinggal di rumah markas sehari sebelum perjalanan, sama seperti Steven. Fyi, Steven bukan orang. Flipper bukan bukan, juga Johns. Yang lagi dua tu, ada sikit. Jadi gua, berperwatakan manusia, terpaksa bersusah payah untuk memastikan segala adegan dan tingkahlaku mereka, sama seperti manusia bagi mengelakkan gerak geri pasukan kami di kenal pasti oleh pihak atasan. Tapi yang paling ketara adalah Steven dengan rangka badan tidak simetri, bahagian kepala lebih kurang dengan bahagian kepala bawah, metana keluar dari atas kepala, bersisik, akuatik, bersemangat waja. Tetapi gua tetap sayang Steven.
Perjalanan kami, di penuhi dengan cerita serius dan perkembangan semasa sehingga lah sampai ke acara utama, iaitu majlis kahwin. Ana Ramli pun cuak tengok kami datang, gua berlalu di hadapan Ana Ramli bersahaja. Dia jeling gua sikit, gua balas nak tak nak. Gua tahu, di dalam hati nya, masih lagi, ada rasa dekat gua. Ye lah gua ada tolong tolong dia buat assignment dulu, naikkan carry mark dia, mungkin dia terhutang budi. Cewwah! Ana Ramli berlalu meninggalkan gua, pergi kepada ahli kelab kembara yang lain. Dia tenung mereka dua saat, terus blah. Gua nak kesian pun tak sampai hati. Ye lah, perkara biasa. Mungkin sebab gua market dari dulu, jadi adalah juga perasaan gadis mahu bersinggah. Walaupun dengan misai yang berserabai masuk mulut, ada yang masuk hidung, ada yang sampai terkunyah, tapi mungkin itulah daya penarik yang sebenarnya ramai lelaki dan manusia umumnya tidak tahu.
Bushies bergerak ke Johor berseorangan. Jadi kami tiba pada trip yang berasingan. Menggunakan kereta Steven yang memang makan minyak, kami sampai di Dewan Sri Lalang pada jam 4 petang. Berjumpa lah kami dengan beberapa kawan lama yang sudah lama tidak jumpa. Steven duduk di baris belakang pasukan. Mata nya jernih. Hampa. Mungkin, dia anggarkan sepatutnya dia yang menamatkan zaman bujang sebelum Ana Ramli. Mungkin juga dia yang mahukan Ana Ramli. Steven pernah bercerita suatu masa dulu sebelum dia bertransformasi, dia merupakan jaguh kampung yang hebat. Susuk badan yang berlipat lipat, gaya bahasa yang meliuk lentok, janji janji manis yang memang senang di taburkan bagai sudah menjadi resmi untuk mendapatkan dara pujaan. Tetapi apakan daya, selepas terkena sinaran radiasi gamma, Steven sudah tidak lagi seperti dulu. Tetapi, yang gua kagum adalah, dia redha dengan segala ketentuan. Mungkin, itu yang terbaik baginya.
Ketibaan Bushies pada jam 5 petang di raikan dengan tepukan gemuruh oleh semua ahli dewan. Bushies tergamam, perasaan bercampur baur dengan cemburu dan segan. Ambil dua langkah kehadapan tepukan kembali bergema. Apa bangsat sangat susah gila nak gerak, kata Bushies mengeluh, sempat juga di hantar pesanan ringkas untuk meredakan ahli dewan tetapi gagal. Bushies ambil langkah ke belakang sedikit, dan terus membuat pecutan ke dahi John yang memang dari dulu adalah sebuah padang bola sebenarnya. Mungkin juga lapangan terbang. John rasa tidak selesa. Di ludahnya Bushies dengan bersungguh-sungguh. Bushies naik berang dan mengangkat tangannya. Terselak kain baju nya. Baju kemejanya. Menampakkan segala apa yang tersembunyi selama ini. Ahli dewan terus senyap dan takut. Keadaan kembali normal selepas beberapa saat kemudian. Mungkin kerana, mereka sudah nampak, apa yang sepatutnya tidak nampak, pada pandangan mata kasar.
Sehabis majlis, acara bergambar, kami masih lagi tidak pasti tentang tujuan seterusnya. Kami memutuskan untuk solat jamak sebentar di rumah Flipper yang agak tidak jauh dari sana. Bersantai di rumah Flipper sangat tenang. Cuaca yang sangat nyaman kerana kedudukan rumah di bawah puncak gunung, dan juga jalan perdagangan Asia Tenggara. Kelihatan dari jauh ramai pedagang Arab dan Parsi datang membawa barang dagang, mendaftarkan diri pada Syahbandar bertugas. Dari satu sudut rumah Flipper, kami nampak beberapa nakhoda yang mengemudi kapal di buli oleh Laksamana. Di usungnya satu bakul kepada nakhoda. Bakul itu penuh dengan baju bundle gua ingat. Mungkin nakhoda sudah menjadi third party Laksamana untuk membuka cawangan di Tanjung Harapan, bagi membuka bundle menjual baju tempatan. Bijak juga Laksamana. Tidak hairan lah kalau hasil kraftangan kita sudah ada pada mereka berkurun awal dahulu.
Johns mengajak kami untuk bermalam di rumahnya pula, kerana ada beberapa urusan yang perlu di selesaikan. Kami ada beberapa pilihan untuk di buat iaitu tidur di rumah John menikmati malam di Melaka dan pulang pada hari esoknya. Atau mungkin kami menghabiskan masa di Melaka dan menghantar John balik dan terus pulang ke bandar. Atau mungkin juga menempah chalet di Melaka. Jauhnya perjalanan itu tidak lah semana. Cuma kami memutuskan untuk membuat keputusan sepanjang perjalanan. Selepas berbincang dengan Steven dan Johns dalam kereta, kami berhenti di Pagoh. Keadaan menjadi tegang seketika di Pagoh kerana kami di kerumuni oleh unggas sekitar pokok. Datang harimau belang. Datang jerung dari mana entah. Bila dah datang benda benda pelik pada kami, kami tidak terus berserah. Kami berdoa, dan kemudian kami telefon tok ketua kami. Tok memberikan nasihat untuk mengeluarkan satu ayat pendinding dan di sebut bersama sama.
"Kirrrrrckkkkkkkkk! " Setel.
Kami kembali pada pilihan pertama untuk menetap di rumah Johns untuk satu malam, dan menghabiskan masa di Melaka. Melaka sangat cantik dan tidak pernah mengecewakan gua dan juga ahli kelab lain. Lampu lampu bergemerlapan, bintang bintang di angkasa, di Taman Astakona. Indah, selalu indah, bila kita berdua, Cewwah! Johns mencadangkan kami untuk lepak di satu tempat bernama The Jetty. Sumpah cantik gila. Gua jadi jakun. Mungkin sebab ada beberapa awek berada di hadapan bar sedang menunggu gua. Sebab masa itu gua jalan depan sekali sebab teruja. Dan pergerakan gua di perhatikan oleh mereka. Bukan nampak comel, tetapi gaya itu ada lah. Johns mencadangkan untuk kami lepak di bahagian hujung karaoke lepak minum minum dan selepas itu karaoke. Seperti yang di gambarkan, pokok pokok kelapa yang di tanam di hujung balkoni karaoke, angin sepoi sepoi, mainan lagu yang mengasyikkan jiwa, telah membawa Steven, jauh dari alam kerja.
"Bila lah aku nak kahwin ... " kata Steven Bishop dalam hati tetapi gua boleh teka.
Johns memulakan aktiviti dengan aktiviti magis nya. Sumpah macam cibai. Tetapi Kak Beng membuat kejutan dengan di kepit oleh dua perempuan glamor. Humai nama nya. Lagi satu gua tak ingat sebab ada lelaki belakang itu yang gua tidak di kenali. Maklum lah bila lelaki dengan lelaki bukan minat sangat nak tahu menahu. Minat tu datang bila gua nak minta kerja tempat lain. Cibai. Humai ni, bak kata Bushies, Johns dan Steven, dia tu, ada, memang ada lah. Kira boleh di bawa kehadapan. Gua tahu Flipper juga pasang niat nak pakai Humai tu, Flipper pun nama lama dia Humai jugak. Cibai betul Flipper. Kak Beng pun introduce kan kat kami pun sebab mungkin dia rasa perempuan tu ok kalau nak duduk sebelah dia. Nampak level level lah. Kak Beng ni jambu, tapi kaki dia tu ... gebu juga. Masa awal awal Steven kata macam dia nak approach Humai, baru lah Kak Beng rasa kehilangan. Gua perhati gerak geri. Gua estimate sendiri. Tapi gua let go kat Steven lah. Kesian kat dia. Kecur air liur Steven tengok budak Humai tu.
Setelah habis makan western yang harga macam biasa biasa sebab kami ni pun bukan orang sebarangan. Bushies ni ada bisnes kat New York. Johns ada dua orang kaki otai dekat Paris. Steven pula memang original Indonesia, ada bisnes tembakau di kawasan paya bakau. Kak Beng tak biasa biasa sangat lah sebab muka dia pernah masuk majalah
The People, Flipper pula, entah tak tahu nak kata apa dia macam tak buat apa apa aje. Itu lah serba sedikit apa yang di borakkan mereka atas meja makan. Tapi memang sumpah semua tipu, celaka nak tunjuk kuat depan perempuan. Gua nak tunjuk juga sebenarnya tetapi tak tahan gelak gua. Kanina. Ye lah mungkin sebab gua tidak biasa menipu. Johns cuba mempercepatkan acara dengan cargas ke aktiviti karaoke. Mula mula Humai tu nampak segan juga lah. Tetapi selepas gua pergi ke belakang Humai dan berbisik ke telinga nya
"Its fine, its goin to be okay wink wink", dia akur dengan pelawaan Johns. Main watak juga gua eh.
Karaoke tu macam manusia biasalah tak ada apa pun yang menarik. Tetapi selepas dari karaoke, kami main jadi-jadi. Haram apa hari sebelum itu kami main juga tetapi boleh main chop chop. Bila orang dah jadi, bila orang yang tak jadi tu chop (dengan menunjukkan tangan menguncup) dia tidak layak untuk di sentuh untuk jadi. Acara karaoke ini sebab balik balik aje semua orang dah lembik, as proposed by Johns, chop tidak di kira. Jadi sesiapa boleh jadi jika si penjadi dapat menyentuh sesiapa dalam ahli kelab. Licik Johns, dia terus sentuh Bushies. Bushies terpinga, sambung jalan cool kehadapan. Kami memberitahu peraturan nya lagi sekali. Flipper pula dengan bijak berada di sebelah Bushies tanpa ragu ragu, di sentuhnya Flipper oleh Bushies. Meraung Flipper. Gua ambil langkah ke belakang memecut bersama Johns to the other side sebab jalan ke karaoke itu ada dua partition. Kak Beng lari juga mengikut kami, tetapi kami sangkakan Kak Beng yang jadi, maka kami pun lari lah bertempiaran sehingga ke hujung.
Tangga turun dari karaoke sudah gua nampak. Gua bertemu Steven dan Bushies di tengah tengah partition. Orang ramai nampak kami sibuk buat apa entah macam celaka. Setelah mengetahu keadaan sebenar, gua melangkah mara kehadapan untuk menganalisis gerakan Flipper di partition lain. Gua jenguk kepala, sikit sikit sikit. Gua sembunyi di belakang jerami. Mana datang entah jerami. Gua naik kepala sikit, sikit. Pow! Flipper memulakan langkah mengejar dengan buas sehingga tapak kasut nya haus. Itu lah yang boleh menggambarkan berapa jauhnya kami berlari. Gua berlari ke tangga ke tempat parking. Johns dan Bushies masih belum selamat cuba untuk melepaskan diri. Pak cik yang baru balik dari qiamulail datang pada Flipper. Pang! Di pelempang nya bibir Flipper dengan kuat sebab tak boleh nak aim dekat pipi, diameter bibir nya agak besar. Flipper tidak mengalah dan maju ke tempat parking. Di kejar nya satu pun tak dapat. Johns memutuskan di dalam kereta sudah boleh main chop. Kami berlalu meninggalkan karaoke.
Awalnya kami rancang hendak ke tempat masjid baru tepi pantai layan angin pantai. Tetapi atas nasihat Johns sebab Dataran Pahlawan memang meriah waktu malam malam, kami pun ke sana. Celaka juga Johns memberitahu sebaik keluar dari kereta, kawasan padang adalah kawasan yang tidak boleh chop. Flipper mengambil langkah pantas menyentuh Kak Beng dan lari meninggalkannya sendirian. Cemas juga manusia di atas dataran. Gua estimate diorang rasa ada rush untuk mengejar perompak. Takkan diorang dapat teka main jadi jadi? Kak Beng guna taktik lama dengan merajuk kononnya lapar. Lapar. Lapar dan lapar. Pap! Steven tewas dengan tipu helah dan acara kejar mengejar di teruskan di padang sehingga pukul 2 pagi. Sekali sekali datang sinaran dari rumah api berdekatan menyuluh pergerakan kami. Terpampang kami di skrin. Terlihat Steven sedang duduk seorang diri dan di awasi oleh beberapa pegawai sedangkan kami sedang berpecah untuk menjaga maruah masing masing. Steven guna taktik lama juga, merajuk, lagi macam celaka lah sudah pasti.
Sampai berakhir masa kami mencadangkan untuk makan di McD berdekatan sebab lapar. Masa itu boleh main chop sebab nak makan. Bangang apa entah nak makan pun main kejar kejar. Semua tangan menguncup dan di tunjukkan ke atas. Steven menyentuh Flipper ketika Flipper membawa tray makanan. Flipper mengesahkan tangan nya sudah chop tetapi bangang apa entah macam mana nak chop tangan masa bawa tray? Flipper tewas. Penat bermain sehinggalah kami pulang ke rumah Johns lebih kurang 30 minit dari situ. Rancangan nya adalah untuk pulang ke bandar pada awal pagi esok. Tapi faham faham lah gila apa nak bangun pagi pada hari Ahad? Steven mengejutkan kami sekitar 10 pagi. Kononnya dia bangun awal, padahal dia bangun jam 9 pagi. Kami di sajikan dengan Mee Bandung credit to Mak Johns. Oleh kerana untuk memenuhi permintaan Steven yang telah duduk di Johor selamat 24 tahun tetapi tidak pernah pergi ke Gunung Ledang, kami pun jalan sahajalah, di sertakan oleh baju pasukan kembara yang di hadiahkan oleh bapa Johns.
Gunung Ledang. Permainan bermula kembali kerana ramai yang sudah tidak awas dengan pergerakan pemangsa. Tangan semua menguncup kembali. Johns mengatakan bahawa kawasan berair adalah kawasan tidak boleh chop jadi ramai juga yang tidak berani masuk air. Semua berjaga jaga ketika berendam dan naik ke darat untuk menguncupkan tangan. Memang rasa tak best, tapi, kita kena stick to the rules. Bila mana pengumuman di buat, Flipper terus bagi Kak Beng terus bagi pada Steven. dan Steven, jadi lagi. Steven lemah semangat. Tetapi oleh sebab kebolehannya berenang di dalam air, dia tabah. Cubaannya di dalam air di nafikan oleh Johns, tetapi selepas dari itu dia terus merajuk sendirian selama satu jam. Untuk memuaskan hati Steven, Johns merelakan diri untuk di sentuh dan terus santai di atas batu untuk menghisap sebatang rokok. Strategi. That is all we need. Itu bukan gua kata. Bukan Johns kata. Entah siapa. Gua berada di lereng batu. Paff! Johns terjun ke air dan gua tadah sahaja di kangkangi. Burit apa entah kenapa gua tidak lari. Tak apa.
Gua nak ke tebing. Gua bisik pada Flipper dan Johns, suruh alihkan perhatian Bushies dan Kak Beng di hujung, gua masuk dari belakang, perlahan- lahan. Tangan Bushies tidak kuncup. Pap! Gua selamat sudah. Bushies terus menyentuh Steven kembali. dan Steven. Merajuk kembali. Oleh kerana gua gentlemen gua menyuruh Steven untuk sentuh gua dan biar gua jadi. Steven gembira dan berlari kegirangan. Kami bergerak makan di sekitar Tangkak, tangan semua masih menguncup. Gua perhati tiap tangan, mencari peluang. Pap! Flipper leka dan tidak mengaku kononnya tangan nya sudah chop. Di kedai makan. Burit apa main kat kat kedai makan lorong kecil. Tapi apakan daya gua sudah minta saksi Kak Beng dan Johns. Cubaan berkali Flipper gagal satu demi satu sehingga destinasi akhir iaitu Petronas Tangkak. Dan dan Tok Moh dari Gunung Kelabit datang pula pantas Flipper menyentuh nya dan kami pun bergambar. Cemas juga macam mana dia boleh datang. Supply kemenyan tengah banyak kot.
Keadaan berakhir apabila ahli permainan sudah tidak cukup 6 orang. Tapi gua, Bushies dan Flipper, menyengih muka fikir pasal hari minggu ini, sampai lah ke Kolumpo, even sampai hari ini. Macam lahanat. Ye lah budak sekarang dah main ipad 2, galaxy. Zaman kami ni main jadi jadi, polis sentri, pepsi kola, memang, its going to be legend .... wait for it.